Recent Posts

Sunday, December 26, 2004

Salam Permulaan

Salam sejahtera.

Ruangan ini adalah satu permulaan kerana saya masih belajar tentang blogger.Terima kasih kepada seorang sahabat iaitu Halian Fadzli Shah kerana memberitahu saya tentang keistimewaan blogger. Tidak banyak yang saya ingin perkatakan cuma ruangan ini merupakan manifestasi dan pendapat saya tentang isu-isu yang berlaku di Malaysia. Pandangan yang saya utarakan di dalam ruangan ini tidak adalah sekadar cetusan pendapat daripada diri saya.

Malaysia sedang berada di dalam landasan kemajuan dan saya bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia. Kemakmuran yang dikecapi dan kedamaian yang dinikmati merupakan hasil usaha yang konsisten daripada pemimpin-pemimpin kita cukup bertanggungjawab.
Kadang-kala kita dihimpit dengan rasa tidak puas hati namun kita perlu mengorbankan sedikit rasa tidak puas hati tersebut kerana secara keseluruhannya kita dapat mencari rezeki dan hidup sejahtera di bumi Malaysia ini.

Saya mengalu-alukan pendapat dan pandangan daripada anda semua tentang kehidupan kita di Malaysia. Marilah kita sama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara kerana sebagai generasi muda kita adalah pewaris masa depan Malaysia.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment