Recent Posts

Wednesday, April 20, 2005

Pintar 2005

Program Internship Pemuda 2005 telah dilancarkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia minggu ini bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang dari IPTA tempatan untuk latihan kerja di 28 sektor korporat terpilih selama 2 bulan.
Program ini merupakan antara kolaborasi terbaik antara Pemuda UMNO dan sektor korporat. Ini membuktikan kepekaan Pemuda terhadap kesukaran graduan-graduan Melayu mendapatkan peluang pekerjaan. Kesukaran dan persaingan yang sengit bagi mendapatkan peluang pekerjaan menyebabkan pada masa kini terdapat puluhan ribu graduan Melayu yang menganggur.
Pada masa ini program Pintar 2005 disasarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang dengan CGPA 3.5 dan ke atas. Pada masa akan datang Pemuda berjanji untuk memperluaskan pelaksanaan Pintar 2005 kepada pelajar-pelajar yang lemah.
Sebagai satu pilot project, graduan-graduan yang terpilih bagi menyertai Pintar 2005 akan menjadi tanda aras terhadap kebolehan dan kewibawaan graduan Melayu. Kualiti graduan-graduan ini akan dinilai bagi mendapatkan gambaran keseluruhan imej graduan Melayu pada masa kini.

0 comments:

Post a Comment