Recent Posts

Friday, October 23, 2009

Yang Paling Saya Suka Dari Bajet 2010

Kerajaan akan memperkenalkan skim simpanan persaraan 1Malaysia bagi golongan yang tiada berpencen atau mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka yang terbabit ialah golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.

Perdana menteri berkata, bagi setiap RM100 caruman, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak 5 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun.

Katanya, sumbangan kerajaan itu hanyalah untuk tempoh lima tahun dan merupakan tambahan kepada dividen sedia ada KWSP.

"Sebagai contoh, sekiranya seorang nelayan berumur 35 tahun membuat carumah RM100 sebulan secara konsisten selama 20 tahun, beliau akan mempunyai simpanan terkumpul RM40,000 pada umur 55 tahun," katanya.

Bagaimanapun, kata perdana menteri, caruman ini tidak boleh dikeluarkan awal, tetapi hanya pada usia 55 tahun.

5 comments:

Lady of Leisure said...

aiseyman.. lady sudah terlepas nak tgk belanjawan tadi.. tengah tunggu berita pukul 8 jap lagi.. i hope, pencen untuk pesara pun naik...
:)

blogresipi.com said...

Tak dengar apa-apa pun tentang pencen pesara. Mungkin tahun depan. Lagipun ekonomi tak pulih sepenuhnya lagi. :)

ain said...

akak pun miss gak budget ni semlm. selalunya yg concern psl budget ni hubby akak je!!!

cheryna zamrinor said...

okay jugak la kali nieh...tp dgrnye kakitangan awam tak brape gumbira (alaa..rezeki, walau sikitpon rezeki jugak kan?)

mrmrsfaiz said...

Cheryna, pandanga saya RM500 sebagai bayaran khas ganti bonus adalah rezeki juga. Lagipun zaman gawat macam ni eloklah berjimat sedikit. Pun begitu saya faham juga kekecewaan kakitangan kerajaan sebab saya pun kerja gomen juga. ;)

Maybe tahun depan kalau ekonomi dah okay bolehlah Ceupacs demand bonus. :)

Kak Ain,
Pandangan saya bajet tahun ni tak banyak sangat faedah untuk keluarga kecuali pengurangan cukai pendapatan dan rebat broadband. :)

Bajet tahun ni lebih untuk hapuskan kemiskinan tegar dan insentif kepada golongan pelajar serta peniaga.

Post a Comment