Recent Posts

Wednesday, February 08, 2006

Bantahan Kepada Denmark

Selepas tersiarnya karikatur yang mempersendakan Rasulullah di dalam sebuah akhbar Denmark, seluruh umat Islam telah bersatu bagi membantah penyiaran karikatur tersebut serta menggesa akhbar tersebut dan kerajaan Denmark amnya untuk meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

Buat kali pertama umat Islam berfahaman sederhana telah bersatu pendapat dengan umat Islam yang berfahaman radikal. Di Lubnan misalnya, kedutaan Denmark telah dibakar manakala di Malaysia sendiri umat Islam boleh menghantar surat, sms dan juga memo bantahan kepada kedutaan Denmark. Hal ini menunjukkan bahawa umat Islam sentiasa bersedia untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan akhbar Denmark telah membuat kesilapan yang besar apabila menyiarkan karikatur tersebut.

Isu penghinaan ini umpama api yang marak menyala. Maknanya, Barat perlu belajar dari kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan terutamanya dalam isu provokasi terhadap agama Islam. Sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian, nescaya pertembungan antara agama akan berlaku dan ianya hanya merugikan kedua-dua belah pihak.

0 comments:

Post a Comment