Recent Posts

Sunday, February 05, 2006

Satu Rumah Satu Sudut Bacaan

Baru-baru ini bertempat di perkarangan Sekolah Kebangsaan Padang Menora, Pulau Pinang, Y.B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein telah merasmikan pelancaran program Satu Rumah Satu Sudut Bacaan. Program anjuran pergerakan Pemuda UMNO Tasek Gelugor ini bertujuan untuk memupuk budaya ilmu bermula dari rumah.
Dalam ucapannya, Menteri Pelajaran menegaskan bahawa penyuburan budaya ilmu yang bermula dari rumah akan menjadi pemangkin dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Beliau yakin dengan adanya suasana keilmuan di setiap rumah maka pelajar-pelajar akan dapat mencapai prestasi yang lebih cemerlang tidak kira di mana mereka berada, di bandar mahupun di luar bandar.
Pada hemat saya, usaha menggalakkan setiap keluarga menyediakan satu sudut bacaan di setiap rumah terutamanya di rumah-rumah anak bangsa Melayu merupakan satu usaha positif yang patut diberi pujian. Ia akan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan bangsa Melayu. Ianya secara tidak langsung akan memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan yang akhirnya akan memperkasakan bangsa Melayu sendiri.

0 comments:

Post a Comment