Recent Posts

Friday, September 29, 2006

Menyuburkan Semangat Perpaduan Bermula Di Sekolah



Antara 9 cabaran Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat bersatu-padu. Masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mengamalkan budaya masing-masing.Oleh itu usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum adalah sesuatu yang mencabar dan mengambil masa yang panjang. Sejak kemerdekaan tanahair sehingga ke hari ini, kerajaan secara konsisten melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menyatupadukan rakyat. Antaranya melalui aktiviti sukan dan pendidikan.

Antara usaha kerajaan dalam bidang pendidikan ialah dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran dinyatakan tentang konsep Sekolah Wawasan iaitu, Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=sek_wawasan&bhs=my).

Selain, itu Sekolah Kebangsaan yang sedia ada turut membantu menyatupadukan rakyat melalui kehadiran pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah-sekolah ini. Pergaulan seharian antara mereka akan menimbulkan kemesraan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu.

0 comments:

Post a Comment