Recent Posts

Tuesday, September 26, 2006

Bunga akan terus berkembang di atas tangkainya



Kenangan di Universiti Sains Malaysia. Hampir 3 tahun telah berlalu sejak meninggalkan kampus dalam taman ini, namun kunjungan ke sana baru-baru ini bagaikan memberi satu semangat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan terutamanya yang berkaitan dengan kerjaya dan keluarga. Harapan saya, dalam masa 3 tahun dari sekarang, saya akan kembali ke kampus USM bagi meneruskan pengajian.

Bunga-bunga di kampus akan terus harum berkembang, menanti kehadiran insan-insan menyempurnakan cita-cita.

1 comments:

Kunang-Kunang said...

Cikgu ajar best. saya sangat faham. nanti banyakkan lagi tayangan slaid macam tajuk Flower. sangat menarik

Post a Comment