Recent Posts

Tuesday, August 23, 2005

Praktikum: Sebuah Ulasan

Minggu ini genap minggu kesembilan dari siri 12 minggu praktikum di Sekolah Kebangsaan Pedu. Segalanya berjalan lancar dan bermakna kerana mendapat sokongan dan bantuan yang begitu bermakna dari pihak sekolah dan juga Institut.
Pensyarah akan datang untuk membuat pemantauan 2 kali lagi. Ini bermakna dalam 3 minggu yang terakhir ini aktiviti pengajaran dan penyediaan Bahan Bantu Mengajar perlu ditingkatkan supaya ianya menjadi satu siri pengajaran yang terbaik dan memberi manfaat kepada semua pihak.
Dalam minggu-minggu yang terakhir ini suasana di SK Pedu akan menjadi lebih sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuklah sambutan kemerdekaan dan juga peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005. Para guru khususnya guru-guru Tahun 6 telah memberikan komitmen yang cukup tinggi dan diharapkan para pelajar Tahun 6 akan dapat mencapai kejayaan yang gilang-gemilang.
Saya berharap siri praktikum di SK Pedu ini akan berjalan lancar hingga ke penghujungnya dan semoga hubungan baik dan kenangan manis yang sama-sama dilalui dengan guru-guru dan para pelajar akan menjadi satu memori yang paling indah dalam hidup saya.

0 comments:

Post a Comment